Tuesday, February 18, 2014

Cerita Hujung Minggu || Skuad Perodua Era || JDT vs Selangor.

Assalamualaikum...

 Cerita hujung minggu baru-baru ni...aktiviti jalan-jalan cuci2 mata...
aktiviti wajib bila hubby cuti.^^


 Brunch kat kedai mamak peberet hubby...roti kosong untuk lily & qis..
hubby plak order cheese naan & ayam tandori...
 lepas brunch terus ke Plaza Angsana...hubby nak alter seluar dia sambil-sambil tu cuci mata...
kebetulan masa ktorang pergi tu ada persembahan tarian & nyanyian dari kelab warisan Johor...
Masa ni diorang tengah menari tarian india...banyak2 persembahan tarian diorang...paling suka tarian yang ini sebab rancak & sangat menghiburkan...lama juga ktorang kat Plaza Angsana ni sebab Qis tak nak balik..ralit dia tengok orang menari... huhu.

 Masa ktorang otw balik..terjumpa dengan Skuad perodua Era kat Danga Bay....dalam kereta memang selalu buka radio era..kebetulan time tu diorang umumkan lokasi diorang kat Danga Bay..kebetulan jugak ktorang lalu jalan tu kan...terus lah terjah..rasanye ni kali ke 3 kot jumpa skuad perodua era...

 Rezeki ktorang hari tu menang 2 tiket untuk ke perlawanan JDT vs Selangor kat stadium Larkin malam tu...
malam sebelum tu..hubby ada suara kan hasrat dia nak tengok bola kat stadium bila ada masa...memang rezeki hubbylah dapat tengok live kat stadium..kemain happy tu..haha...

5 sen yang membuawa tuah..soalan diorang senang jer...hanya tunjukkan duit 5 sen..sesiapa yang mempunyai wang syiling 5 sen yang banyak akan menang 2 tiket ni..kebetulan lily ni memang selalu bawa duit 5 sen dalam dompet syiling..ada 30 pcs semua nye syiling 5 sen ni...takde yang boleh lawan..haha..

 masa ktorang sampai stadium dah penuh...tempat duduk pun takde...huhu...ktorang gerak dari rumah lepas maghrib...sampai sana..parking pun takde..terpaksa menapak jauh..pukul berapalah agaknye diorang ni datang kan...hubby punya pasal sanggup jer lah teman kan dia....memang beza bila tengok kat rumah dengan kat stadium ni...

 hubby nak tengok dia ni main..tapi malam tu dia tak main sebab cedera kot...

rehat sebelum masa kedua..minta orang kat situ amikkan gambar untuk kenangan..hehe... amboi Qis orang sorak dia pun sorak...lily pun dah tau lagu Luaskan kuasamu Johor..sepanjang perlawanan lagu tu jer diorang nyanyi sampai lily pun boleh hafal lagu tu..haha.
 separuh masa kedua baru safee masuk..

keputusan perlawanan malam tu berakhir dengan keputusan 4-1...Tahniah JDT... lepas tangkap gambar ni ktorang terus balik..kalau tunggu sampai abis mesti jam...Balik rumah si anak terus pengsan..hehe.


..



10 comments :

mamaarifakeem said...

Waah untung... sentiasa bertuah lily ni :-)
Aura lily dtg tengok JDT boleh menang, 4-1 pulak tu..ihiks..
Happy la qis dpt tgk bola live, kami ni kata je rumah dkt dgn stdm bola, tp tk pernah merasa masuk stdm..hee..huu..

Mama LEaN said...

wah..bestnye dapat tengok live kat stadium..rezeki.tahniah!

:: Mrs.Eady :: said...

syok nyer :)

aisya said...

hebat lah Qis. tengok bola. hehe.
Qis tak merengek pulak kak bersesak2 mlm tu kak?

Cik Lieza said...

bestnye..rezeki dpt tgk free..suke ye Qis. :)

Cik Yaya said...

salam.. =)

wahh rezki cik lily sefamly dpt tgok bola tuu.. ^,^

Ema Johari said...

wah, duit 5 sen itu membawa tuah utk Lily dan keluarga tgk perlawanan bola... tahniah utk JDT.

munna said...

kak munna x pernah tgk bola kat stadium live.... lagipun en abg x minat bola pun

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Waa lily mmg sentiasa bertuah...tup2 menang tiket free pulakkan..murah rzeki...seronok la qis dpt nengok bola live...

Cik Tetra said...

untung kak lily tgk kat stadium sekali menang 4-1. memang berbaloi betul pergi stadium kalau team kita menang. hahaha.