Saturday, March 30, 2013

Nestum 3in1 perisa American ginseng & Dang Gui..

Assalamualaikum...


Minum petang dengan secawan Nestum 3in1 perisa Dang Gui & popia frozen....1st time merasa nestum perisa ni...Nestum ni adalah hadiah dari nestum..hari tu ada join contest Nestum 3in1 my perfect morning... Minggu lepas dah terima hadia ni...hari ni baru rasa nak cuba...rasa dia tak kena dengan tekak..bagi hubby rasa pun sama juga...hiks...☺..korang dah pernah rasa tak Nestum perisa baru ni...?


 Nestum 3in1 perisa American ginseng & Dang Gui...yang perisa American ginseng tu tak buka lagi...harap² ngamlah dengan tekak weols..☺



Have a Nice Day and a Happy Weekend..^^



Thursday, March 28, 2013

Colgate Optic White : You make My day..^^

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...Consolation Winners of Colgate Optic White yang dianjurkan oleh Colgate Malaysia... Contest ni just upload gambar & buat caption berkaitan dengan colgate Optic White..hantar gambar banyak mana pun boleh..Lily antar 9 gambar semuanye..hehe..kemain semangat contest tu..☺.. setiap gambar mesti ada caption..ntah apa² jer ayat yang lily buat..ngeee...Alhamdulillah ada juga yang sangkut..gambar Qis ni yang bertuah yang menjadi pilihan juri..☺..sungguh memikat senyuman Qis seperti duta colgate ni Fazura...hehe.. :P


ni antara hadiah² yang bakal diterima oleh pemenang...bertuahnye lah yang menang Grand prize tu kan..agak² beg apalah tu ye..LV / Coach..☺ ...Lily dah tentulah dapat yg consolation prize tu kan...walaupun conso tetap bersyukur..Alhamdulillah..Limited edition tu.. ☺

Korang dah cuba tak colgate optic White ni..ktorang baru guna minggu lepas...katanye Colgate optic White ni  putih satu tona selepas seminggu guna...hmmm...kena tunggu seminggulah baru tau ada perubahan ke tak..Harga RM12.90 beli kat Jusco...


Buka akaun nuffnang pagi tadi nampak ada BE baru Colgate total Oral...Alhamdulillah... moga dapatlah bertahan lama..ada 2 Be tengah running sekarang..BE yang Huggies tu tak tau plak kat mana dia menari² sebab tak pernah tengok pun timbul kat blog ni...






Wednesday, March 27, 2013

WW :: Comelnye..

Assalmualaikum....


Two Cute Little girls :







Masya'Allah...Comel sangat budak arab ni tau...photogenic...Rambut..mata..hidung..mulut semua cantik..geram jer tengok..time ni kat Kota Iskandar...hubby tengah amik gambar Qis posing²  budak arab ni datang dari belakang terus duduk sebelah Qis..hehe.. Sweet jer...sangat mesra..Qis plak yang malu²..tak nak senyum plak tu..ngada...nama dia shiela..umur baru 2 tahun tapi badan besar nak sama dengan Qis...ke Qis yang kecil..☺..hari² tengok gambar budak ni tak bosan.. :)






Tuesday, March 26, 2013

Kacang Pool haji,Larkin

Assalamualaikum...


kacang Pool Haji..

walaupun dah berapa tahun duk kat JB ni..ni lah 1st time lily merasa Kacang pool Haji...makanan yang sangat popular di JB..orang kata tak sah jika datang ke JB ni tak merasa kacang pool Haji...yang ktorang pergi ni kat medan selera berhampiran balai bomba Larkin..satu lagi tempat di terminal bas larkin..

Rasa dia memang sedap..kuah kacang special terdiri daripada kisaran daging, bawang dan hirisan limau nipis yang dihidangkan di dalam mangkuk lengkap dengan telur mata separuh masak di makan bersama roti bakar pastinya menaikkan selera anda...☺...Harga RM4.00 ...highly recommended jika uols berkunjung ke Johor Bahru..




Monday, March 25, 2013

The croods

Assalamualaikum...



Jumaat lepas berkesempatan bawa Qis tengok citer The croods ni...saje tengok hari Jumaat sebab Tiket murah RM14 buy1 free 1...citer yang sesuai ditonton seisi keluarga...ktorang tengok tayangan pukul 3.50pm tapi pukul 4pm citer baru start..masa ktorang pergi tu memang ramai family yang bawa anak² tengok citer ni..walaupun hari tu hari bekerja tapi tempat duduk hampir penuh juga..

Citer ni memang best...ada sedih ada kelakar...lily tak reti nak review citer ni tapi apa yang boleh dikatakan ia mengisahkan tentang kasih sayang yang memperlihatkan sikap seorang ayah yang begitu berhati-hati untuk menyerahkan anak perempuan mereka kepada lelaki luar. dan juga kasih seorang anak...walaupun degil, namun tetap mengutamakan keluarga dalam segala hal..

kemain happy..tersenyum lebar tu..
enjoy dia tengok citer ni...

abis citer tu terus ajak makan kat kfc..amboi..menikmati sungguh dia makan mash potatoes tu...☺..
lepas makan² terus ke Kota Iskandar ambil angin petang. :)



Highly recommended untuk uols tengok citer ni...sempena cuti sekolah ni bolehlah bawa anak² nonton...ktorang bagi 5 star rating untuk movie ni..enjoy..^^




Saturday, March 23, 2013

Hari yang sibuk...

Assalamualaikum...


2 hari yang sibuk [khamis & jumaat]...biasa bila hubby cuti memang macam ni lah..tak duk diam kat rumah...ada jer benda yang nak buat kat luar...maaf ye tak sempat lagi berkunjung ke rumah uols...jap lagi nak membalas jejak korang....

Bila hubby cuti si anak dara lah yang paling happy..sekarang dah tau dah bila daddy dia cuti..tau² jer awal pagi dah bangun siap request nak jalan²...bila tanya nak jalan² p mana...terus laju jer jawab nak p kfc...hehe..tu jer lah yang dia tau kfc.. ☺

Semalam plak pagi tu sempat ke moms & baby Expo kat Danga City Mall..petangnya plak bawa Qis nonton citer The Croods...enjoy sungguh dia tengok citer tu bila part kelakar dia pun gelak..hehe...



Hari ni kembali seperti biasa...duk rumah jer melayan kerenah si anak dara...korang plak apa aktiviti korang hujung minggu ni..?

Happy Weekend uols..have a wonderful weekend..^^





Wednesday, March 20, 2013

Setiap Gambar Ada Kenangannya..^^

Assalamualaikum...

Hari ni kurang berkata²..jom cuci² mata dengan gelagat Qis...☺.. Aktiviti hujung minggu ktorang santai²  di Taman Merdeka JB...Bila dah ada anak ni..gambar anak jer lah yang menghiasi blog ni..
harap korang tak jemu ye...☺...layanzzzz...

 Oh siapakah di sana..Baju Hitam menawan 
pakai kacamata Oh bergaya..Berjalan seorang saja...☺

 Gaya apa ni..hehe..☺

Don't mess around with me..You better watch out :D

pasrah jer si anak bila di suruh posing dicelah² pokok tu.. :D

 melayan perasaan seorang²..☺

amboi..termenung jauh nampak..☺


 suka gambar ni..gaya Qis yang bersahaja..

gaya tersendiri..☺


Setiap gambar ada kenangannya....^_^





Tuesday, March 19, 2013

Pemenang Mingguan Nivea Pure & natural

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...menang untuk minggu yang ketiga dalam peraduan Nivea Pure & Natural..hadiahnya berupa Produk Nivea bernilai RM100...2 Minggu lepas dah umum pemenang tapi hari ni baru nak buat entry..☺..Memang tak sangka boleh menang sebab Contest ni nak kena vote..Kalau contes yang main Vote² ni lemah sikit...tapi saja nak mencubakan..Memang takde war²kan untuk vote...sebab lily ni pemalu.. ☺ .. tapi kalau ada kawan² di fb yang ada Vote...Lily nak ucapkan terima kasih ye...Undian anda sangat dihargai..^^

Contest ni ada 4 pusingan..yang Lily memang ni pusingan yang ke 3...kesemua pusingan ada 24 pemenang...24 Pemenang tu berpeluang untuk merebut hadiah utama bernilai RM6000 untuk 4 pemenang...maksudnya setiap pemenang berpeluang untuk menang RM1500..siapalah yang bertuah tu kan...Kalau ada rezeki adalah..takde kita cuba lagi..☺








Monday, March 18, 2013

Tips Gembira Sepanjang Hari

Assalamualaikum...

Perkongsian kita bersama untuk sentiasa ceria dan gembira sepanjang hari...Kajian sains ada mengatakan orang yang ceria dan gembira akan hidup lebih lama dan kurang berisiko penyakit jantung..Jadi..marilah kita sentiasa gembira ye.. :D

1. Bersyukur -Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah.Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi -Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas.

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik -Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Mulakan Dengan Bismillah -Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan Semua Orang -Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup.Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain

-Artikel IluvIslam.com

budak yang sentiasa ceria & gembira..Bestnya jadi kanak² Hidup sentiasa Riang dan gembira tanpa perlu memikirkan sebarang masalah...




Friday, March 15, 2013

JAGALAH....

Assalamualaikum...


Jaga aurat mu...jaga solat mu..jaga lidah mu..,taati suami mu...
Hormati ibu bapa mu..hormati ibu bapa mertua mu..jaga lah rumahtangga mu..
In shaa Allah bahagia lah kehidupan mu..!


 In Shaa Allah...AMIN..

Ini status di FB mak Lily pagi ni...mak kita ada fb...rajin plak tu update status..hiks..
selalu bagi kata² motivasi kat anak² dia di fb...Sayang Mak..^^




Thursday, March 14, 2013

Keyboard Time

Assalamualaikum....


New gadget untuk si anak dara...Kalau sebelum ni sebelum CT square tu di renovate ada 1 kedai tu jual alat mainan termasuklah keyboard..keyboard tu dia letak kat luar...setiap kali pergi CT Square selalulah si anak dara ni tarik² tangan mamanya nak pergi kedai tu untuk ketik² keyboard walaupun hanya untuk seminit dua alahai...sampai pekerja kat situ pun dah kenal kat dia..hehe...☺...

 
Akhirnya daddy belikan juga untuk dia...beli yang besar sikit..semuanya ada 100 Rhythm..baru puas hati si anak mengetik² keyboard setiap hari...☺..dia ketik² keyboard ni..mamanya ketik² keyboard komputer..hehe..sekarang tiada halangan lagi buat mamanya..☺..tapi yang ini beli kat kedai lain..lebih murah berbanding kedai yang di CT Square tu...

amboi kemain tu..ketik² sambil nyanyi..^^

nyanyi plak..muzik rancak tapi Qis nyanyi lagu ABC..layankan jer.. :D

(gambar² dah lama ambil..time ni belum potong rambut lagi)





Wednesday, March 13, 2013

WW :: Hadiah Dari Lancome

Assalamualaikum...

Semalam terima Hadiah dari lancome bernilai RM500 kemenangan dalam In Love moment Photo contest yang dianjurkan di page Lancome...Antara Hadiah² nya adalah BB cream , Make-up, Cleansing foam & Skin Moisturizer. Alhamdulillah..Thank you so Much Lancome...you save my pocket.. ^^






Tuesday, March 12, 2013

Huggies Dry Pants : Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai!

Assalamualaikum...

 
Huggies Jenama lampin pakai buang pertama di Malayisa!

Huggies Dry Pants semestinya pilihan yang tepat buat ibubapa yang mempunyai anak yang aktif..
ini kerana Huggies dry Pants mempunyai banyak kelebihannya berbanding jenama yang lain...antaranya :-

i  - Bersesuaian dengan Tagline nya "Change for Better Convenience (Tukarlah Untuk lebih Senang dipakai)" yang bermaksud betapa mudah untuk menukarnya iaitu dengan hanya Koyak , Salin dan lepas...sungguh mudah bukan..dengan ini ianya dapat menjimatkan masa buat ibu-ibu yang sentiasa sibuk terutamanya buat ibu-ibu yang berkerjaya...

ii - Dengan perenggang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran

iii - Terbukti secara klinikal di mana ia dapat membantu untuk menghalang ruam lampin pada si manja anda dan juga dapat mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi anda sentiasa gembira..


Lihatlah si manja saya yang sentiasa ceria & aktif walau dalam apa jua keadaan dengan menggunakan huggies dry pants...kini dia dapat bergerak bebas tanpa sebarang halangan...

Bebas melakukan apa jua aktiviti dengan adanya huggies dry Pants..

Tidur dengan lebih lama & lena kerana tiada lagi sebarang kebocoran semasa tidur dengan 
Huggies Dry pants ...


Buat ibu ibu yang ingin mencuba Huggies Dry Pants ni buat si manja anda...anda boleh dapat kan sample Percuma di http:://www.huggies.com/huggies-community/request-a-sample.aspx .. Untuk maklumat lanjut anda boleh LIKE page huggies ini di www.facebook.com/huggies.Malaysia ..


Jadi tunggu apa lagi...bertukarlah ke Huggies Dry Pants untuk lebih senang dipakai...Semestinya Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif..setelah anda mencubanya pasti anda akan tertarik dengannya!





Mee Rebus Tulang

Assalamualaikum...

Kalau sebelum ni pekena sup tulang kat restoran ZZ sup Tulang...kali ni cuba menu lain plak iaitu Mee rebus tulang di restoran yang sama...sememangnya restoran ni memang terkenal dengan Mee rebus tulang dia yang sedap..

ni lah dia Mee Rebus Tulang untuk mama...Nampak menyelerakan..☺
kuah dia yang pekat & tulang yang penuh...Mee tenggelam dek kuah yang pekat itu..
ternyata memang sedap...yummeh...Harga RM8.50

 Hubby order Sup tulang Lembu..sebenarnya hubby nak order sup gearbox lembu...tapi hari tu takde 
plak so order ni jer lah..sup ni pun sedap...Harga RM8.00

Air bandung & soya...

ni budak katanye tak nak makan..ye lah dah dapat warna & buku baru terus semangat nak mewarna...
perut pun automatik jadi kenyang..lagipun sebelum datang sini dia dah pekena 2biji donut kat J'Co Donut..serius kemain tu...sampai abis ktorang makan dia asyik dengan aktiviti mewarnanya....


Highly Recommended untuk uols cuba sup tulang mahupun mee rebus tulang di restoran ni...

Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : JKR Daerah, Jalan Petri, Johor Bahru
Waktu Perniagaan : Di buka setiap hari dari pukul 7.00 am – 2.00 am




Monday, March 11, 2013

New Haircut

Assalamualaikum...

masamnye muka ☺ ..

Minggu lepas bawa si anak dara potong rambut..1st time potong rambut dia ni...Alhamdulillah..nak jugak dia potong rambut walaupun muka masam mencuka..hehe..☺...jenis rambut Qis ni nipis & panjang tak sama...hujung rambut dia pun bergelombang & kasar...bila sikat rambut dia selalu tersangkut kat sisir..bila sangkut kat sisir tu mulalah si dia mengadu kesakitan & tak nak sikat rambut dia dah...

New Haircut..comel tak?☺

Bila dah berambut pendek ni nampak lebih kemas.. & senang diurus...tak payah nak ikat bagai..kalau sebelum ni..nak ikat rambut dia pun kena 'bergaduh' dulu dengan dia sebab dia tak suka rambutnya diikat..sakit katanya...





Friday, March 8, 2013

Terima Kasih Sahabat..^^

Assalamualaikum...


Terima kasih buat Fiza & kak Nza atas pemberian hadiah yang sangat berharga ni... 

 Hadiah dari Fiza...2 ketul FM yang comel..FM Botol & FM dari Cameron..
dapat ni  sebab hari tu ada join GA kat Blog Fiza...Bertambah lagi koleksi FM..suka²..TQ Fiza..^^

 Hadiah dari kak Nza...bookmark yang comel dari vietnam & sehelai tudung sutera dari China yang cantik... dapat ni sebab jadi teman yang peramah di blog kak Nza..☺...Thanx kak Nza...







Thursday, March 7, 2013

Ayam Masak Kicap Kesukaannya^^..

Assalamualaikum...


ni lah salah satu lauk fav si anak selain udang goreng , ayam goreng kfc&sup Ayam..setiap hari berlaukan ayam masak kicap ni pun takpe...sangat berselera dia makan..nasi pun bertambah²...sedap kot mak dia masak..hehehe..☺ ...hati senang bila anak berselera makan...menambahkan semangat maknye ni nak masak²...☺

ni lah budak penggemar ayam masak kicap mamanye...
sentiasa ceria...*Perut kenyang...Senang Hati..*
(tangan dia abis diconteng dengan warna..kreatip betul.. :D )






Wednesday, March 6, 2013

WW :: SweetHeart..

Assalamualaikum...

Salam Rabu...

~ The Queen of OuR Heart ~ ^__^





Hati senang melihatnya gembira...kegembiraannya kebahagiaanku..^^







Tuesday, March 5, 2013

Hobi Baru..

Assalamualaikum...

 ni lah hobi baru en.suami...untuk release tension katanye setelah 5hari bekerja...
tempat kerja hubby ni stress level dia sangat tinggi...so hujung minggu adalah hari untuk
 merehatkan badan & otak...☺

Tengah mendarat...setiap minggu lokasi pilihan untuk bermain ni adalah di Danga bay...sambil² hubby melayan hobi dia ni..mama ngan Qis apa lagi...masa untuk 'tembak²' lah..hehe..
dah lama rasanye tak photoshoot...

gurau senda si ibu & si anak..
akan menyusul banyak lagi lepas ni.. ☺


#Pray For Sabah#...