Monday, April 1, 2013

5 Tips mudah Ajar Anak

Assalamualaikum...

Bergelar ibu bapa sekaligus memberikan kita satu jawatan sebagai pendidik...Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga anak semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat anak² kita...Moga bermanfaat buat kita sebagai ibubapa dalam mendidik anak²..


Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang. Dengan ini usaha untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang beberapa bimbingan dilakukan pada usia seperti ini. Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya.

4. Luahan Perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.

~sumber : PA&MA~


Sentiasa berusaha & cuba yang terbaik dalam mendidik anak²...moga anak² kita semua menjadi anak² yang cemerlang dunia akhirat..AMIN!





25 comments :

LYAfrina said...

tq for sharing lily..
setiap ibubapa pasti inginkan y terbaik buat ank mrk..peranan kt tsgt la besar.. anak cermin kita...

Ujie said...

interaksi & luahan rasa tu yg biasanya tiada atau kurang..lagi2 bila anak kian membesar.

Cik AnA said...

Nice sharing..bukan mudah nak mendidik anak²kan..tapi sentiasa berusaha & inginkan yang terbaik buat anak²..

syafieqah ieqa said...

Amin..!
TQ for sharing..InsyaALLAh akan amalkan..

nens cellection said...

in shaa Allah..harap2 nens diberi kesabaran tggi tuk aplikasikan tips ni kt ammar..;)

jaakechik said...

sama doa agar anak2 kita jadi anak yg soleh solehah... amin... :)

PaPa Jz said...

good info..moga dapat diamalkan untuk mendidik anak-anak..

Aju Mohit said...

anggap mereka mcm kawan2 kan, hehehe cantik gmbr tu lily

zaleha L said...

good sharing...
Amin...interaksi tu amat pentingkan..anggap anak-anak kita sbg bff kita..:)

Qhaifa Nur said...

setuju..kita ibarat pendidik juga
terlupa tentang itu...

Acik Riotaro said...

td bwu je baca entri am neh..
http://uwaisaminin.blogspot.com/2013/03/cara-aku-dididik-dengan.html

MarnieyZ said...

nanti suruh kak sy baca ni. hehhe

NzA said...

Dan yg pnting kita menjadi kawan yg terbaik kpd anak2....bila anak2 dh percaya pd kita insyaallah segala masalah, kisah suka duka mrk akn kongsi dgn kita.....

aTieYusof Family said...

Bagusnya info ni..
TQ Wan.. mendidik anak2 zaman skrg mmg amat mencabar kan?.. kena pandai ikut keadaan.. erm! moga anak2 kta menjadi penyejuk hati ibu & ayah..:)

nieda said...

Bukan mudah nak didik anak2 kan, byk panduan berguna ni

Miss IemA said...

Nice sharing sis..boleh buat rujukan nanti..:)

mamalieyna said...

Tips yg berguna.. tq lily..huu.. kdg2 seolah tak ada masa utk layan n didik anak dgn cara yg betull sudahnya, apa tingkah kita, jd ikutan n pelajran dia..risau sesekali.. sbb kita ni kuat melenting..tmbh2 bila salah sorang anak buat perangai.. aduhai..

ieda immi said...

tkasih sharing dik ;)

hana hadi said...

menjadi rujukan suatu hari nanti :)

aisya said...

tips utk masa depan ni. hehe

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

kita perlu banyak bersabar dalam mengajar anak2...

qis comey...la...ceria gitu...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tenkiu atas tips ni...sgt berguna utk wani sbg parent :-)

~MommyAida~ said...

Thanks Lily for sharing this valuable info..bg aida kesabaran memang amattt penting dlm mendidik anak2 kan..baru semua tips diatas dapat di apply dlm mendidik anak2..

Shida Radzuan said...

nice sharing kak :)

Cik Yaya said...

thanks share..
gud inf ni wlaupon yaya lum ade ank lg..pndidikn awl kank2 itu penting kan =)