Monday, May 30, 2011

Tak Dapt Log In Blogger.com

Salam..

Geram sgt2 ni..dari ptg sabtu tu lg tak
dapat nk Log in ke blogger.com..
Tak dpt nk masuk Dashbord..Ingatkan Blogspot
problem lg..So Tanyalah Mamalieyna..Tp maybe Eina
Tak perasan kut lily ada tanya kat Shoutmix dia..
So semalam tanya lg kat Lya klu2 dia pun hadapi mslh
yang sama..Tp Lya lambat Reply...ye lah lily pun tanya
dh mlm maybe lya dh tido..tp pg td Lya bgtau dia blh jer
log in..lily pikir gak..mustahil Blogspot problem..
koz tgk yg lain dpt jer update..So..smlm chat dgn member
kat FB..minta tlg dgn dia suh Log in kan ke blogger.com
guna id lily..dia ckp blh jer tu log in...so ni buka problem
dr blogspot..tp promblem dr intenet..P1 tak dpt nk buka
blogspot..aduyayii..geramnye..dh lah P1 ni klu kita
kol p customer service punyalah susah nk ckp dgn diorg..
dr smlm kol sampailah ni masih x dpt2 lg ckp dgn diorg..
hampeh betul service diorg ni..tension..

Saturday, May 28, 2011

SABTU YANG INDAH

SALAM & HAPPY WEEKEND..

Sabtu yang indah..dimulakan dengan kata kata indah yg penuh bermakna..sama2 kita renungkan..

-Bila ALLAH makbulkan Doamu..maka DIA menyayangimu..

-Bila DIA lambat Makbulkan Doamu..maka DIA ingin mengujimu..

-Bila DIA tidak makbulkan Doamu..Maka..DIA merancang sesuatu yang lebih Baik untukmu..

Oleh itu..sentiasalah Berperasangka Baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang itu mendahului kemurkaanNYA..


YA ALLAH..Ampuni Hambamu Ini..yang terkadang tak sanggup menjaga hati untuk tetap ikhlas dalam menerima ketentuan yang telah Engkau tetapkan untukku..sesungguhnya..Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMU..AMIN!

Friday, May 27, 2011

Sepetang @ Danga Bay

Salam..

Rabu baru2 ni temankan Hubby p klinik..dia x seberapa sihat..selalu pening2 katanye...Doktor kata Hubby menghidapi Migrain..kesian hubby..patutlah selalu je pening2...So utk merelax minda dia hari tu..ajaklah dia jln2 kat pantai @Danga Bay...

si kecik ni yg terlebih happy plak..maklumlah..bukan selalu jumpa pantai..
gaya apa dh.. ;)

ni budak..Takde keja cari keja..kepala tersangkut kat situ baru nangis..

merenung jauh...


memerhati org tgh berphotoshoot seksi kat sebelah..x terkedip2 mata dia..
kan dh masuk pasir dh mata tu..

Sedang menikmati keindahan pemandangan laut yg sungguh mendamaikan..hubby kata hilang seketika stress bekerja..


Nak tanya kat kwn2..apa petua utk menghilangkan migrain..sampailah ni..hubby selalu pening2..dh brp biji dh pain killer yg ditelan...tp cuma seketika jer ilangnye..pastu dtg blk pening2 tu...





Wednesday, May 25, 2011

Diapers Free Diwaktu Siang

salam..

Qis skrg dh diapers free tp hanya utk disiang hari..Alhamdulillah...sejak umur dia 2Thn 3bln 2minggu dh start ajar dia free diapers..wlupun belum lg blh bercakap..msh menggunakan bhs BB dia tu.. ;) ..Tp dia paham apa yg kita suruh & apa yg kita tanya.. sebenarnye secara kebetulan gak ajar dia free diapers ni..klu tak sampailah ni X ajar2 lg..disebabkan stok pampers dia hari tu abis..(ni gara2 hubbylah ni..asyik lupa nk beli) so lily ajarlah dia tanpa memakai pampers..& mula disinilah terdetik dihati...eh..napa jer aku x ajar Qis ni free diapers..baiklah mula skrg train dia..lgpun aku ni x kejakan..senang gaklah nk handle..so..disinilah detik permulaannye potty trainning utk Qis..

Tp kena tahan hatilah bila nk train anak ni utk free diapers..masa memula tu..adalah dlm 2 minggu..Qis kencing merata2..abis segala tikar dia p kencing..kekdng rasa giveup gak nk ajar dia ni..tp sematkan dlm hati..klu x ajar skrg bila lg..so..kena bersabar..take time..ckp dgn dia elok2..'Klu Qis nk shi shi bgtau mummy ye'..(sambil tunjukkan cara bgmana nk bgtau bila nk shi shi..koz Qis ni kan blum blh ckp lg..so kena guna bhs isyarat je..)..caranye dgn  melatakkan tgn kat suar bila nk shi shi..Alhamdulillah..dh masuk minggu ke3 dia dh blh buat apa yg mummynye ajar..skrg setiap kali nk shi shi dia dtg kat lily sambil tepuk2 seluar dia..sambil mulut dia pot pet2..hehe..itu tandanye dia nk shi shi lah tu.. ;)

Tp utk diapers free diwaktu mlm ..lily blum train lg dia..cuma skrg ni..bila nk masuk tido mlm & nk jln2 keluar baru pakaikan dia pampers..

Bila nk Poo Poo pula... dia akan meneran dulu sambil buat mimik muke nk poo poo..Tp jgnlah bawa dia p toilet kang mmg dia x kan jd nk Poo Poo tu..So terpaksalah biar kan jer dia kat situ..Nasiblah najis dia ni ketul2..hehe..senang sikit nk urus.. ;)


moral of the story : kena byk bersabar dlm mendidik/melatih anak2..
kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil...Insyaallah^_^

Tuesday, May 24, 2011

Petua Agar Anak Cepat Bercakap

Salam...

Dah lama x update ttg perkembangan Qiskan..skrg Qis dh 2tahun 4bln 2minggu..& skrg Qis dh free diapers..tp hanya utk disiang hari jer..tp tu later lah citer..skrg ni nk citer ttg Vocab Qis...X byk lg vocab Qis ni..apa yg blh sebut skrg..mama kekdang mummy..daddy..shu read susu..hehe..x sampai lg ayat dia nk ckp susu..X pe sayang..slow2 ye.. :D...kekdng risau gak..napa Qis ni lambat nk bercakap..x mcm anak adik lily tu..2 tahun..mak aii..dia bercakap mcm org besar..Tp tu lahkan..setiap perkembangan anak2 tu X sama..ada yg cepat ada yg lambat..Think positive...

Disini ada beberapa petua yg blh membantu agar anak2 cepat bercakap yg lily ambil dari SINI..mari sama2 kita amalkan..Insyaallah..moga dpt membantu..Usaha itu Tangga Kejayaan.. ;)

1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”.  Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan..

Monday, May 23, 2011

Aktiviti weekend

Salam..

Weekend yg indah baru2 ni koz barulah ni hubby dpt cuti pada hari sabtu & ahad..dptlah meluangkan masa bersama..Tp disebabkan hari sabtu tu..awal2 pg lg dh blackout..buat spoil mood jer...baiklah kita melangkah kaki kuar rumah menghirup udara yg segar...tp mmg niat dihati pun nk jln2..bosan gak klu time cuti duk terperuk d rumah..

aktiviti pertama..memandikan keta comel ktorg.. ;)

Dari bosan menunggu keta comel tu dimandikan..baiklah kita berposing dulu.. :)
alololo..aksi sengetkan bdn..comel letewwww.. ;)

hehe..Mak yg X nk kalah dgn c anak.. ;p ..hubby kata perut tu mcm dh ada isi..
jeng..jeng.. :D

Dah keboringan dh..

adalah dlm 20minit..keta pun siap di basuh..perut pun dh bernyanyi riang..jomlah kita mkn..

Dh abis mkn..time utk kacau daddy mkn plak..hubby jenis yg mkn lmbt nk abis..so..sempat lg lah Qis nk kacau..

Lepas mkn..jln2 ke sutera mall..nk bawa Qis main2 kat playgorund..



Qis takut tgk gajah tu..tgklah tu..kemain ngamuk tp mummy maintain posing..:)

Disebabkan Qis dh ngamuk sakan..jomlah kita kuar dr tmpt tu..malu org tgk..

Destinasi seterusnye p main layang2..tak tau nama tmpt kat mana..tp berdekatan dgn Jusco Bukit Indah..

Hubby tension layang2 dia x dpt terbang tinggi..hehe..tgklah si kecik tu..nk juga..mrh gak layang2 dia x dpt terbang mcm org lain.. :)




Sunday, May 22, 2011

Cara Betul Sayangi Anak..


Setiap ibubapa mesti menginginkan yg terbaik buat anak2..& setiap didikan setiap ibubapa itu juga adalah berbeza..

Semua ibu bapa menyanyangi anak-anak mereka sepenuh hati bagaikan menatang minyak yang penuh . Namun tanpa disedari memanjakan anak boleh mengundang padah bukan hanya terhadap masa depan tetapi juga kepada anda kerana gagal memikul tanggungjawab membimbing anak menjadi manusia berguna dan bertanggunjawab.

Berikut beberapa tips yang mungkin memberi manfaat berguna untuk di praktikkan agar anda dapat menyayangi anak dengan cara yang betul..sumber DISINI..

JANGAN TERJEBAK :
Bukan mudah mencari formula khusus untuk menyayangi anak sendiri kerana ada ketikanya anda hanya memberi perlindungan bukan berjaya menjadi ibu bapa yang penyayang . Pakar psikologi mengatakan , kebayakkan ibu bapa mahu memberi kesempurnaan kepada anak-anak ikut sahaja kehendak mereka sehingga lupa untuk memastikan kasih sayang itu boleh dimanfaat kan untuk membimbing , mendidik dan mengasuh , agar anak membesar sebagai insan berguna.

KENALI ANAK : Untuk menjalin kasih sayang berkekalan dengan anak-anak, beberapa pakar psikologi ada mengatakan , ibu bapa perlu belajar mengenali anaknya kerana anak bukan hanya satu susuk tubuh kecil yang sedang membesar seiring dengan perkembangan usianya. Anda perlu memahami bahawa anak juga perlu mengembangkan fungsi-fungsi psikologi seiringan minda, emosi dan motivasinya jika terlalu di manjakan perkembanganya mungkin terencat.

FAHAMI MAKNA KASIH SAYANG :
Anda harus memahami kasih sayang yang perlu diberikan kepada anak. kasih sayang berkaitan erat dengan perkembangan emosi yang berfungsi mewarnai perilaku anak-anak. Ketika melakukan tugasan ataupun mengendalikan masaalah , usaha yang di tunjukkan bergantung kepada emosinya saat itu. Anak akan bersemangat jika ada cita-cita. Emosi berkembang secara bertahap mengikut perkembangan usianya. Ini bermakna pemberian kasih sayang lebih tertumpu kepada pengawalan emosi ketika anak bersama rakan sebayanya.

MEMBANTU ATAU MENGIKUT :
Apa yang harus menjadi panduan dalam menjaga perkembangan dan mengembangkan keterampilan anak dengan konsep anda sebagai ibu bapa yang membantu bukan yang mengikut kehendak anak. Anda hanya membantu, kerja selebihnya dilakukan oleh anak, bila dia mengalami kesukaran atau masaalah anda perlu beri panduan bukan menyelesaikan tugasnya seperti diharapkan . Sebaiknya beri tunjuk ajar supaya dia menyelesaikan tugasanya itu.

TEGAS DAN KONSISTEN DALM MENETAPKAN DISIPLIN :
Bersikap tegas itu adalah mengarah kan anak melakukan dan mengetahui sesuatu , di mana dengan bersikap tegas menjadi alasan kenapa akan perlu dilarang atau dibenarkan melakukan sesuatu . Anda tidak perlu memenuhi semua keinginan anak , jauhi daripada berkata “jangan” tetapi gunakan kata ajakkan seperti “mari kita lakukan bersama” . Dengan cara ini anak tidak akan merasa dilarang tetapi diarah. Biarkan anak menilai sendiri mana yang betul dan mana yang salah.

KONSISTEN DALAM MENETAPKAN DISIPLIN YANG TELAH ANDA TETAPKAN :
Bila sepatutnya anda berkata “tidak” . Jangan sesekali bertolak ansur dengan perkataan tersebut . Jangan sampai anda kasihan pada anak walaupun dia anak tunggal.

Muahhh..sayang Kamu ketat2...

Friday, May 20, 2011

Sweetnye Mereka Berdua..

Salam..

Mereka berdua tu merujuk kepada Qis & kucing yg dibawa balik oleh hubby tempohari..2minggu lepas kucing ni jatuh sakit..sakit kat bahagian mata dia..mata dia sebelah dh rosak..berair & bernanah jer time tu..bebrp hari X nk mkn..X nk minum susu..asyik tido jer..hubby ubat mata dia pun..dia diam jer..mmg sedih time tu..sampai kita mengalirkan air mata tgk keadaan dia..

Tp skrg kucing ni dh sihat walafiat..badan pun semakin berisi & semakin hari semakin aktif..kekdng klu kita tgh baring sambil nntn TV..tetiba jer dia dtg gigit2 kaki kita..kekdng geram gak tau..tp disebabkan dia comel..& Qis pun sayang sgt kat dia...kita pun X jd nk marah..

Oh ya lg 1 yg membuatkan ktorg bertambah sayang kat kucing ni..klu nk 'membuang'..dia x 'membuang' sembarang..dia pandai masuk toilet utk 'membuang'..masa mula2 dulu...menahan jelah lily nk membasuh najis dia..port paling dia suka 'membuang' masa mula2 dulu kat tepi tong sampah..adeii..jenuh gak nk ajar dia 'membuang' dlm toillet..tp Alhamdulillah..stlh seminggu di latih utk 'membuang' d tandas..lama2 dia dh mengerti dah..tu pun stlh dikurung 24jam sehari didlm tandas..hehe..kejamkan.. ;p...

Alahai..siap lentokkan kepala dia kat kucing & belai2 kucing tu mkn..

Tgk tu..sweetkan..seorg dlm buai..yg 1 tu plak kat bawah buai..kemain landing baik punya lg tu..nak gak tido berbantal ye..klu Qis tido..kucing tu pun ikut tido gak..bila dh bgn..dua2 pun bgn..dh bgn..main sama2..main kejar2..

Tapi bila dh angin kush2 hotta hey dia tu dtg..abislah kucing tu dikerjakannye spt brg mainan.. :)

Wednesday, May 18, 2011

Wordless Wednesday

 Dari 43.6kg ke 44.5Kg dlm tempoh seminggu..Lately ni selera mkn
makin menjadi2..mcmanalah nk diet..
Pipi dh semakin BamBam..bhgn lengan yg X tahan tu..berisi sgt..


Tuesday, May 17, 2011

Donut & Waffle

SALAM...

Donut adalah kegemaran c anak..& Waffle adalah kegemaran c Ibu..1st time mkn Waffle ni terus jatuh cinta..setiap kali keluar wajib Beli ..Suke waffle dgn inti  Peanut & Choclate..hmmm..sgt yummehh okeyy....
 Hubby tgh sedap menjamah KFC..kita just mkn Waffle pun dh cukup mengenyangkan..kata nk dietkan.. :D


C Anak yg X abis2 dgn Donutnya..padahal baru jer lepas mkn KFC ni..sekali kuar dr KFC tu..lalu depan Season..terus nangis tunjuk minta beli Donut ni..X eloklah mkn selalu tu sayang..manis sgt tu..

Amalan Supaya Anak Tak Degil

1.   Semasa anak, isteri atau suami sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.   Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3.   Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4.   Angkat ibu jari anda atau kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar, atau apa sahaja. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5.   Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak  kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri..


sumber : My Baby Store

Sunday, May 15, 2011

SEPERTI ADIK BERADIK??..

salam..

Ramai yang kata..lily ngan Qis  ni spt adik beradik jer..ye ke?? hehe... ;p ..lily ni kecik jer..tu kut  yg membuatkan lily ni nmpk muda remaja...hehe..bukan perasan..tp org yg kata.. :D

Dagu ktorg bertingkat2 dh.. ;) ..Alahai tembamnye ..Qis ni dlm gmbr jer nmpk berisi..tp sbnrnye kecik jer..mcm mummynye jugak..

alolo..muke ayu jer dia..walhal..blh tahan lasak..hari2  mummynye yg kecik molek ni jd tarzan d buatnye.. :)
Dah malas nk layan mummynye yg gila posing ni..