Monday, June 13, 2011

Senyum... ^_^

salam..

Mulakan Hari anda dengan Senyuman.. ;)

Senyum kambeng.. :D

Senyum itu satu sedekah..Senyum tidak memerlukan modal..dengan hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

4. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

5. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

6. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyum..tak perlu kata apa apa.. ;)

erk..nak juga..senyuman apakah... ;p


" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"..

p/s :So..kwn2..senyum2lah selalu..senyum itu penawar duka..jgn senyum2 sinis sudalah ye.. :D

32 comments :

idaida0504 said...

senyum...tak perlu kata apa2..heheheh....dengan senyuman boleh menghilangkan 1001 masalah dalam diri...

Miecyber said...

Senyum sokmolah kito lepah ini deh...

Basikal elektrik boleh lipat

myhatiku said...

qis senyum mcm mummy dye rupenye..hee:)

shida'R said...

ewah2 syg...pndai nye dia pose hehe^^ comel la ank sis, seyes!

Botak said...

mulakan hari dengan secawan kopi panas., jarang senyum bila nak mulakan hari.. :D

~izan~ said...

ibunya mcm senyum simpul je hehe tapi tetap cantik,comey mcm si kecik tu..mmg boleh senyum tgk entry ni hehehe..

mamalieyna said...

alahai manisnye senyuman mereka pagi ni..hee~ tiap hari kita senyum tau...ihiks..senyum kan sedekah, tak rugi apa2pun kasi senyuman kt orang...hee~ ^_^

LYAfrina said...

COMEL..SWEET.. CUN:-)

SEMYUM TU AWET MUDA...
SENYUM XPERLU KATA APA2

Ena said...

senyum...
tak perlu kata apa2.. heheh.. senyum tu juga wat kita sentiasa awet muda kan.. hihihi..

cantik la pic2 tu seme.. suka sangat2..

MrS. F!zA said...

suka senyuman qis! comelllll!dam mummy jgk..hihihihi

bergaya qis amik gambar..

tp kdg2 bila senyum org buat tktahu..erkk??tensen..haha

zaidah said...

suka kata terakhir tu...SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA...cantik sungguh susunannyer...senyum adelah sedekah...macam qis senyum comel

wan_cikgumuzik said...

comel3...!! hehehehe

Ummi Eisya&Amani said...

mmg cantik senyuman tu.secantik orgnya..

ieda said...

alor2 cumeinya Qis .. sejibik wajah lily kan :)) x nampak ke aunty senyum balik kat Qisss ngeeeeeeeee :))

aisya said...

comel la Qis, geramnye tengok.. hehe

Izan Ishak said...

senyuman qistina mampu cairkan hati aunty yang tengah sedih ni... comel3!!!

naqiah said...

erk?? comel!! senyum la slalu.. ubat hati.. :)

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

senyum sokmoooooooo...:-):-)

risa said...

selamat pagi dan senyummmmm
alololo dua2 pon cantik dan manissssssssssssss..macam gula2

lilypelangi said...

senyum ! tak perlu kata apa-apa :)

peace yo ! hee

etiey.com© said...

senyum itu sedekah! comel...

Rtp Farra Arisha said...

alahh manisnya senyumannn anak and mummynya tuu :)) senyum lagiii!

eB ezrin said...

terbaekkkk...
lawa lawa & lawa :)

Hazwan Arif said...

tiba2 tersenyum sorg2 kt depan laptop ni haha =)

AMARAN: Jangan Baca Selepas Maghrib



.

NzA said...

pagi2 kalu tgk org senyum espclly bos, rasa hepi je..brsemangat nk wat kerja.

Cik Dodol said...

senyum bace entry ni. nice info n sweetest smile. ;))

Scya Lollita said...

pandai btol budak kcik ni posinggg gerammmmmmm

cunndaa said...

comeynye...

NICK IRFAN said...

comel btol bdk yg atas sekali tu geram tgk

nieda said...

senyum seindah suria..senyum tak kena bayar apa2 pun, buatkan wajah bertambah manis..hehe. Mcm dua beranak kt gambar ni

Ini Kisah Tia said...

hehee . betul !! senyum , tak perlu kata apa2 :)

Ucu Faridah said...

salam lily....senyummmmm untuk semua....geram nye la tengok model cilik ni...nak aje ucu cubit2 pipi dia....