Pages

Tuesday, May 24, 2011

Petua Agar Anak Cepat Bercakap

Salam...

Dah lama x update ttg perkembangan Qiskan..skrg Qis dh 2tahun 4bln 2minggu..& skrg Qis dh free diapers..tp hanya utk disiang hari jer..tp tu later lah citer..skrg ni nk citer ttg Vocab Qis...X byk lg vocab Qis ni..apa yg blh sebut skrg..mama kekdang mummy..daddy..shu read susu..hehe..x sampai lg ayat dia nk ckp susu..X pe sayang..slow2 ye.. :D...kekdng risau gak..napa Qis ni lambat nk bercakap..x mcm anak adik lily tu..2 tahun..mak aii..dia bercakap mcm org besar..Tp tu lahkan..setiap perkembangan anak2 tu X sama..ada yg cepat ada yg lambat..Think positive...

Disini ada beberapa petua yg blh membantu agar anak2 cepat bercakap yg lily ambil dari SINI..mari sama2 kita amalkan..Insyaallah..moga dpt membantu..Usaha itu Tangga Kejayaan.. ;)

1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”.  Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan..

17 comments :

Mrs. Farhan said...

Wahh, nice info. Selamat berjaya kak. =)

mamalieyna said...

thanks for the good info lily...kena praktik ni..dak arif pun kategori lmbt jgk ckpnyee..hee~ apapun bg dia masa kan..

arif kalau susu, sebut..cucu..hee~

ieda said...

huhuhu thanx dikk .. gud tips ..
akak jarang dah skrg nie luangkan masa dgn zahrien .. dia kalau balik ptg sebuk nak main luar ngan abang2 sebelah umah .. kalau malam akak suh dia jgn kacau kakak2 buat ulangkaji ..
bila baca nie sedih pulak .. rasa mcm jauhh je ngan dia .. x leh jadi nie , nak kena dekat2 kan diri dgn dia :)

MrS. F!zA said...

tq sudi share..hihih mmg betul pon kan.. yg no 9 tu kita kna ulg balik apa dia ckp..ulg dgn perkataan yg betul bukan ikut slang dia..ekeke..bru cpt ckp..

* heran darwisy kita org ajar sebut kasut tp dia sebut zazo.. hahaha dh mcm perancis punya bahasa..ekeke

LYAfrina said...

alhamdulillah.. secara x sedar, ada antara pdekatan di ats mmg lya gunakan utk asya..

apa2 pon tq sgt info2 bharga ni.. syukur, skarang asya dh lncr bckp

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam ziarah. nak simpan petua ni untuk cucu...

munna said...

ANAK KAK MUNNA YG SULUNG CEPAT CAKAP TAPI YG ADIK NI LAMBAT SIKIT

wahida said...

good info...anak saya si adik cepat bercakap..berbanding ngan si abang semasa umur dia...si abang masih lagi sikit2 pelat..pelat huruf p...hehe...

uLan said...

tips yang baik.. skrg lila pun sudah mula sudah pandai bercakap... uLan faham dgn apa yang dikatakan olehnya.. harap dia tak pelat lah heee... ulan brckp dengan dia macam bercakap dengan orang dewasa je..

eB ezrin said...

eh camner nk wat free diapers tuh eh? leh share?

zaidah said...

nabilah lambat bercakap dekat tiga tahun petah bercakap...nabil umur 1 tahun 10 bulan dah petah bercakap...adam dah pandai sebut 2 3 word...setiap anak berbeza lily...so sabar...

Izan Ishak said...

tahniah qis...dah free diaper dah ye!

takpe lily, tiap kanak2 tak sama tahap perkembangannya. insyaAllah mama dia kena layan dia cakap banyak2. mesti lepas ni petah cam org besar~

NzA said...

kelima2 anak akak semua lambat ckp lily..tapi skali dh brckp terus xpelat....non stop gitu..he...xpe, prkembangan anak xsama.

Lily@MamaZaraZareef said...

takpelah lily..perkembangan anak2 tu mmg tak sama..dulu zara pon agak lambat start petah bercakap..mula2 pon risau jugak dok bandingkan die ngan budak2 lain..tp lame2 die develop skill tu snndiri..now dh agak petahlah..mcm2 benda dh boleh n pndai cakap..=p

Mama Kembar 3 said...

thanks for sharing. my boys dalam kategori lambat bercakap gak, dah 2 tahun 8 bln still cakpa skit skit je. but doc kata should be ok as long as leh cakap a few words and leh paham arahan. tapi tak sabar rasanya nak berborak borak ngan diorang hehehe

Sang Penulis said...

Alhamdulillah.. bakal belajar ana, terima kasih atas infonya.. :)

alif haris said...

nice sharing info :)