Sunday, May 22, 2011

Cara Betul Sayangi Anak..


Setiap ibubapa mesti menginginkan yg terbaik buat anak2..& setiap didikan setiap ibubapa itu juga adalah berbeza..

Semua ibu bapa menyanyangi anak-anak mereka sepenuh hati bagaikan menatang minyak yang penuh . Namun tanpa disedari memanjakan anak boleh mengundang padah bukan hanya terhadap masa depan tetapi juga kepada anda kerana gagal memikul tanggungjawab membimbing anak menjadi manusia berguna dan bertanggunjawab.

Berikut beberapa tips yang mungkin memberi manfaat berguna untuk di praktikkan agar anda dapat menyayangi anak dengan cara yang betul..sumber DISINI..

JANGAN TERJEBAK :
Bukan mudah mencari formula khusus untuk menyayangi anak sendiri kerana ada ketikanya anda hanya memberi perlindungan bukan berjaya menjadi ibu bapa yang penyayang . Pakar psikologi mengatakan , kebayakkan ibu bapa mahu memberi kesempurnaan kepada anak-anak ikut sahaja kehendak mereka sehingga lupa untuk memastikan kasih sayang itu boleh dimanfaat kan untuk membimbing , mendidik dan mengasuh , agar anak membesar sebagai insan berguna.

KENALI ANAK : Untuk menjalin kasih sayang berkekalan dengan anak-anak, beberapa pakar psikologi ada mengatakan , ibu bapa perlu belajar mengenali anaknya kerana anak bukan hanya satu susuk tubuh kecil yang sedang membesar seiring dengan perkembangan usianya. Anda perlu memahami bahawa anak juga perlu mengembangkan fungsi-fungsi psikologi seiringan minda, emosi dan motivasinya jika terlalu di manjakan perkembanganya mungkin terencat.

FAHAMI MAKNA KASIH SAYANG :
Anda harus memahami kasih sayang yang perlu diberikan kepada anak. kasih sayang berkaitan erat dengan perkembangan emosi yang berfungsi mewarnai perilaku anak-anak. Ketika melakukan tugasan ataupun mengendalikan masaalah , usaha yang di tunjukkan bergantung kepada emosinya saat itu. Anak akan bersemangat jika ada cita-cita. Emosi berkembang secara bertahap mengikut perkembangan usianya. Ini bermakna pemberian kasih sayang lebih tertumpu kepada pengawalan emosi ketika anak bersama rakan sebayanya.

MEMBANTU ATAU MENGIKUT :
Apa yang harus menjadi panduan dalam menjaga perkembangan dan mengembangkan keterampilan anak dengan konsep anda sebagai ibu bapa yang membantu bukan yang mengikut kehendak anak. Anda hanya membantu, kerja selebihnya dilakukan oleh anak, bila dia mengalami kesukaran atau masaalah anda perlu beri panduan bukan menyelesaikan tugasnya seperti diharapkan . Sebaiknya beri tunjuk ajar supaya dia menyelesaikan tugasanya itu.

TEGAS DAN KONSISTEN DALM MENETAPKAN DISIPLIN :
Bersikap tegas itu adalah mengarah kan anak melakukan dan mengetahui sesuatu , di mana dengan bersikap tegas menjadi alasan kenapa akan perlu dilarang atau dibenarkan melakukan sesuatu . Anda tidak perlu memenuhi semua keinginan anak , jauhi daripada berkata “jangan” tetapi gunakan kata ajakkan seperti “mari kita lakukan bersama” . Dengan cara ini anak tidak akan merasa dilarang tetapi diarah. Biarkan anak menilai sendiri mana yang betul dan mana yang salah.

KONSISTEN DALAM MENETAPKAN DISIPLIN YANG TELAH ANDA TETAPKAN :
Bila sepatutnya anda berkata “tidak” . Jangan sesekali bertolak ansur dengan perkataan tersebut . Jangan sampai anda kasihan pada anak walaupun dia anak tunggal.

Muahhh..sayang Kamu ketat2...

14 comments :

ummu said...

assalamualaikum Lily
entry terbaek, suke dengan perkongsian Lily ini.
sungguh keletah anak itu adakalanya menjengkelkan namun anak itu anugerah tak ternilai, kan Lily.

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Waalaikumsalam..
perkongsian ilmu dikongsi bersama..
Ni pun lily amik dr satu laman web.. :)
Moga kita dpt mengamalkannye dlm mendidik anak2 kita agr menjd anak yg soleh & solehah..

Betul tu ummu..Anak anugerah Tak ternilai..wlupun kadangkala tingkah mereka menjengkelkan..tp tulah cabaran setiap ibu bapa dlm membesar & mendidik anak2..

adeputra said...

terbaik

ieda said...

yes dik gud info .. setuju sgt2 .. semoga kita jadi ibu yg terbaik buat anak2 kite kan dik :)

LYAfrina said...

ilmu parenting y sgt bagus dibaca oleh kaum ibu& bapa..

sesungguhnya, anak menzahirkan peribadi cara kita mendidik anak2 kita...

NzA said...

setiap ibu bapa inginkan yg trbaik...yg penting disebalik memberi kasih syg dan kemanjaan, ada kala kita kena brtegas...

mamalieyna said...

thnks for sharing..sgt2 berguna ni..almaklum, masih baru jugak bergelar Ibu kan..byk benda nak kena blajar, tmbh2 pasal mendidik anak2 ni..terlebih manja pun cannot... ^_^

Puanbee2 said...

mcm pernah baca je ni ....

jangan terlebih dan jangan terkurang itu je :)

nida husna said...

bertuahnya qis dapat mama mcm ni. semoga qis akan jadi anak yg solehah bila besar nanti =)

munna said...

BAGUS INFO NI...INILAH GABARAN BUAT KITA UTK MRMBESARKAN ANAK2 KITA

Lily@MamaZaraZareef said...

mmg banyak yg kite perlu belajar ttg cara didik anak2 nih..lagi2 anak dh masuk dua..kkdg rasa bingung jugak cmner nk didik n ajar diorang lagi2 kakak Zara yg dh macam2 peel skang..huhu..nway, thanx for sharing Lily..

puteraduyong said...

mummy qis... jage anak bebaik ye...pastikan yang terbaik buat dia.. :)

Ena said...

info ygbaii ni lily..
moga jadi ibu yg terbaik utk qis.. :D

uLan said...

tips yg sangat best :-)